orang-orang kampung~

Wednesday, February 2, 2011

maw ketahui saper jodoh anda?

mukaddimah...ehemmmm (amek mood sket)

sayang
andai masa lalu satu igauan
andai masa lalu satu kenangan
lenyapkan masa lalu mu
luputkan segala tentangku

kakunya denyut nadi ku
menanti siang
nan malam masih berpanjangan
aku mencari dirimu setiap saat
aku mencari dirimu setiap detik
namun kau masih tiada ku temui

dedaun menyembah bumi
tiupan angin membelai jiwa
aku tanpa haluan
aku tanpa arah
aku tanpa kamu


kau menghilang tidak ku temui
kisah mu berlalu bagai arus silam
dan kini
kau kembali

hati ku kering
usah kau basahi hujan tangisan
tiada lagi air mataku untukmu
tiada lagi sinaran mentari
biarlah bulan menjadi saksi
biarlah malam berpanjangan
aku rela sendiri

sayang
andai masa lalu satu igauan
andai masa lalu satu kenangan
lenyapkan masa lalu mu
luputkan segala tentangku

sayang
aku sedar akan kesilapanku
aku sedar akan kekilafanku
kita berdosa sayang
dosa yang amat pada NYA
tidak mahu ku ulangi lagi
kisah lama selami dosa nan indah
di penghujung derita merintih air mata

sayang
aku insafi kisah lalu
akan ku tunggu suratan takdir
menemukan sang jodoh ketentuan Illahi
hanya sang jodoh kekal abadi
mencipta kebahagiaan hingga penghujung hari

maaf kan aku sayang............

_____________________________________________
salam

buat muslimah di luar saner yg masih single n mencari-cari kebahagiaan hakiki mengikut jalan ALLAH
sudah bersedia untuk bergelar isteri
sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai bakal2 ibu
alhamdulillah....ada suratan bahagia buat anda yg ingin menemukan sang jodoh seperti filem ayat-ayat cinta
anda mahu?

rasenye ramai yg mahu kn? baru2 ni kawan fy ade bagi link dr blog ustazah fatima syarha.saper ustazah ni?..ya ALLAH...ustazah ni glemer cek kak oii, xknal ker?
jum kenal2 dgn ustazah sambil mengambil peluang untuk menemui suratan bahagia anda..insyaALLAH...dengan izin ALLAH...=)


ok ni link blog ustazah fatima syarha aka penulis novel2 islamic:





insyaALLAH, moga kalian semua bahagia hendaknya..............."salam sayang dr fy"

No comments: